PROGRAM “JOM BACA BERSAMA” KOLABORASI PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR & PERPUSTAKAAN DESA PARIT

14 DISEMBER 2023 : Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah turut bekerjasama dalam menjayakan program βžπ‰πŽπŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€βž anjuran Perpustakaan Desa Parit. Seramai 60 orang peserta yang hadir menyertai program tersebut melibatkan daripada empat buah sekolah iaitu SK Parit, SMK Iskandar Syah Parit, SMK Sultan Muhammad Shah dan SK Iskandar Syah Parit serta guru pengiring.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Program Speed Read, Pertandingan Brain Game, Kaedah Pemuliharaan Buku dan Anugerah Peminjam Buku Terbanyak 2023. 10 orang wakil dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar turut hadir sebagai jawatankuasa dalam menjayakan program ini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Khairudin bin Abu Hanipah selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan diiringi oleh Puan Rafidah bt Abdul Aziz, Pengarah PPANPK dan Puan Siti Basriyah bt Shaik Baharuddin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak UITM Cawangan Perak.

Disediakan oleh:
Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply