Mobile Library @ Kolej Kerawang

Pada 19 Disember 2023 (Selasa), Program Mobile Library telah dilaksanakan di Kolej Kerawang UiTM Kuala Terengganu. Program yang bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 4.30 petang diadakan untuk menggalakkan warga kampus untuk peminjaman buku-buku yang dibawa dari perpustakaan.

Tujuan program ini diadakan bagi memudahkan staf perpustakaan untuk berinteraksi dengan pengguna dan menerangkan mengenai perpustakaan.

Bagi menggalakkan peminjaman buku dari warga kampus terutamanya pelajar, setiap peminjam yang meminjam lebih daripada 2 naskhah buku mendapat hadiah yang menarik.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply