Program Perasmian Spray Space (Vandalism Awareness)

7 Disember 2023, Khamis –Kemuncak bagi Program Spray Space (Vandalism Awareness) dari subjek GDA626 Advocacy for Design Study, telah berlangsung Program Sembang Space Art Talk pada jam 11.00 pagi dan diakhiri Perasmian Program Spray Space (Vandalism Awareness) yang dikendalikan oleh pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian) (MCAAD241), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dari subjek GDA626 Advocacy for Design Study dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zaki Mohd Fadil, Pensyarah Kanan, Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir, Puan Siti Sarah Adam Wan, Koordinator, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Cawangan Melaka, Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Saudara Dani Irfan bin Mohamed Faidz, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka. Program ini diketuai oleh Saudari Hannah Mastura binti Mustafa Byrnes, pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian) (MCAAD241), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dari subjek GDA626 Advocacy for Design Study sebagai Ketua Projek.

Program dimulakan dengan ucapan dari Ketua Projek dan diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Encik Mohd Zaki Mohd Fadil, Pensyarah Kanan, Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital. Aktiviti ini melibatkan 15 orang pelajar menyiapkan tugasan spray di dinding dan 40 orang pelajar mewarna. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi menukar persepsi negatif pelajar terhadap seni grafiti sebagai salah satu perbuatan vandalism.

Sekitar Program Spray Space (Vandalism Awareness) bermula 5 hingga 7 Disember 2023

Sesi pembentangan hasil projek pelajar bersama tetamu yang hadir

Ucapan dari Ketua Projek bagi Program Spray Space (Vandalism Awareness)

Ucapan kata alu-aluan dari Encik Mohd Zaki Mohd Fadil, Pensyarah Kanan, Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka.

Program dirasmikan oleh Encik Mohd Zaki Mohd Fadil, Pensyarah Kanan, Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka.

Sesi penyampaian hadiah oleh Puan Siti Sarah Adam Wan, Koordinator, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Cawangan Melaka kepada para pemenang

Para tetamu dibawa melawat ke tapak projek di pintu masuk utama PTAR

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply