Program Sustainability Of The Language  Of The Minorities: Professional  Talk And Launch Of Coffee Table Books On Minority Languages

21 Disember 2023, Khamis – Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Program Sustainability Of The Languages Of The Minorities : Professional  Talk And Launch Of Coffee Table Books On Minority Languages yang dikendalikan oleh Pelajar Semester 5 LG120.

Program telah diadakan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan diselia oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan dan Puan Sariah Che’Man Pembantu Pustakawan Tertinggi bagi penyediaan tempat dan perjalanan program. Program ini telah diketuai oleh Saudari Aina Najihah binti Amir dan Puan Nur Hidayatulshima Omar selaku Penasihat Program.

Program ini merupakan kesinambungan dari Program MiLeaGe Project : Minority Language Engagement anjuran Pelajar Semester 5 LG120 yang telah berlangsung dari bulan Oktober 2023 sehingga bulan November 2023 dan program ini merupakan penutup bagi kedua-dua program tersebut.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Dr. Mohammad Nor Afandi Bin Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka, diikuti dengan ucapan daripada Dr. Muhamad Zaidi bin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar.

Seterusnya, taklimat daripada penceramah profesional, Dr. Nurul Huda Hamzah, Pensyarah Kanan, Department of English Language, Faculty of Language and Linguistics, University of Malaya dan diikuti dengan pelancaran logo Community Engagement Assessment (CEA) dan pelancaran Coffee Table Books berkisarkan tiga komuniti minoriti yang terdapat di Melaka: Kristang, Chetti dan Baba & Nyonya. Program diakhiri dengan ucapan dari Ketua Projek bagi program tersebut. Program ini telah dihadiri oleh 60 orang pelajar dan 25 orang pensyarah dan wakil dari komuniti Cheti, iaitu En Chandran dan isteri.

Sekitar ucapan daripada Dr. Mohammad Nor Afandi Bin Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka

Sekitar ucapan daripada Dr. Muhamad Zaidi bin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar.

Sekitar taklimat daripada penceramah profesional, Dr. Nurul Huda Hamzah, Pensyarah Kanan, Department of English Language, Faculty of Language and Linguistics, University of Malaya

Sekitar pelancaran logo Community Engagement Assessment (CEA) dan pelancaran Coffee Table Books

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply