PROGRAM MEET & GREET DAN ULASAN BUKU ERATKAN JALINAN ANTARA PTAR DAN MASYARAKAT SETEMPAT.

16 Disember 2023 – Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah dan Jabatan Undang-Undang UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menjalankan sebuah program kolaborasi “Sentuhan Kasih Jalinan Komuniti Tapah Road” bersama Perpustakaan Desa Tapah Road. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat setempat khususnya di Tapah Road dan pihak UiTM.

Antara aktiviti utama yang telah dijalankan adalah sesi “Meet & Greet” dan ulasan buku bersama penulis buku kanak-kanak yang bertajuk “Sentuh Sana, Sentuh Sini” yang telah ditulis oleh Cik Nor Fadzilah Binti Yahya. Buku ini menekankan akan kesedaran keselamatan kepada kanak-kanak mengenai sentuhan-sentuhan fizikal oleh orang lain yang boleh dianggap sebagai tidak sesuai. Penerangan yang disampaikan oleh penulis pada sesi ini lebih menyeronokkan apabila turut diajarkan teknik-teknik kepada peserta yang terdiri daripada kanak-kanak untuk menyelamat dan mempertahankan diri daripada ancaman bahaya. Sesi kuiz telah dijalankan pada penghujung sesi dan sebanyak 8 orang pemenang telah diberikan hadiah berupa hamper.

Pelbagai aktiviti lain juga turut dijalankan antaranya ialah, pertandingan sukan rakyat, Free Toys Market, pameran daripada agensi kerajaan (Jabatan Penjara & AADK), demonstrasi kebakaran oleh pihak Bomba dan Penyelamat serta cabutan bertuah.

Secara keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang baik oleh masyrakat tempatan  dan juga membantu meningkatkan imej bagi pihak universiti. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply