Pelupusan Mesin Pemotong Kertas PTAR UiTM Cawangan Melaka

14 – 15 November 2023 (Selasa – Rabu) – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima kedatangan kontraktor luar bagi mengeluarkan mesin pemotong kertas yang ingin dilupuskan. Mesin pemotong kertas ini telah berada di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sejak tahun 2002, namun begitu pada tahun 2020 telah mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki lagi sehingga tahun 2023. Proses mengeluarkan mesin pemotong kertas ini mengambil masa 2 hari kerana terlalu besar dan berat, sukar untuk dikeluarkan dari Unit Arkib Cawangan Melaka.

Mesin pemotong kertas ini telah digantikan dengan mesin pemotong kertas dari PTAR Kampus Dengkil, UiTM Cawangan Selangor. Semoga perpindahan mesin pemotong kertas ini ke PTAR UiTM Cawangan Melaka dapat memberi manfaat kepada pengguna untuk kerja-kerja penjilidan bahan. Terima kasih kami ucapkan kepda pengurusan UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil dan PTAR Kampus Dengkil.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply