BETONG SARAWAK, 6 DISEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah melaksanakan Program Speed Reading bertempat di Perpustakaan Politeknik METro Betong. Program ini diadakan besempena dengan program PTAR@3R: Transcending Differences, Strengthening Relationships yang telah berjaya dilaksanakan pada 5 Disember 2023.
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas, meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca dan menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 70 orang pelajar semester 1 Politeknik METro Betong dan telah dikendalikan oleh En.Dominic Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR Kampus Samarahan.