Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Dan Arkib Bersama Bahagian/PTj Bersama Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Tarikh: 29 Disember 2025, Isnin
Masa: 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Platform: Bersemuka
Lokasi: Bilik Fail Unit Mel, Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun
Anjuran: Unit Arkib UiTMCT
Penglibatan: 8 orang staf Bahagian Pentadbiran UiTMCT Kampus Dungun.

Dungun, 29 Disember 2025 – Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian/PTj melalui lawatan serta khidmat runding berkaitan pelupusan rekod jabatan dan penyerahan rekod penting universiti secara bersemuka.

Sesi ini memberi tumpuan kepada pengisian berkaitan tatacara pelupusan rekod serta proses pemindahan rekod penting universiti ke Unit Arkib, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu. Antara dokumen yang disemak melibatkan rekod perkhidmatan seperti fail peribadi staf bagi jawatan tetap, kontrak, sementara dan sambilan, borang permohonan jawatan bagi kategori staf pentadbiran dan akademik, buku log kenderaan serta fail latihan dan kursus.

Penganjuran sesi ini bertujuan memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan, di samping memelihara rekod penting universiti sebagai rujukan dan warisan institusi.

Unit Arkib UiTMCT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pentadbiran UiTMCT Kampus Dungun atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi lawatan dan khidmat runding ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan rekod dan arkib boleh diajukan kepada Pegawai Rujukan, En. Md Kamil Ibrahim melalui e-mel mdkamil@uitm.edu.my atau talian 09-8400183 / 09-8400182.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply