Mobile Legends (MLBB) e-Sport Tournament

Pertandingan Mobile Legends (MLBB) ini merupakan salah satu aktiviti sempena Open Day PTAR 2023 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Seremban dengan kerjasama daripada kelab Degree Mathematics Society (DeMathS) UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua staf dan pelajar UiTM Kampus Seremban dan telah berlangsung selama 3 hari bermula pada Selasa, 28 November 2023 sehingga Khamis, 30 November 2023.

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan di antara satu sama lain disamping meningkatkan daya pemikiran kritis.

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply