Pertandingan Open Mic (5 Minutes Pitch)

Sempena Open Day PTAR 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah mengadakan Pertandingan Open Mic (5 Minutes Pitch) yang bertemakan “Cabaran Dalam Akademia : Refleksi Diri.

Pertandingan ini belangsung pada Khamis, 30 November 2023 jam 10.00 pagi bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) PTAR Kampus Seremban.

Pertandingan Open Mic ini adalah sebagai salah satu inisiatif dalam menggalakkan perkongsian maklumat dan idea secara terbuka. Selain itu, pertandingan yang dianjurkan ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam berkongsi pendapat dan idea selain menonjolkan sifat kepimpinan dalam diri mereka.

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply