Tarikh: 11 Januari 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Platform:
– Bersemuka
– Siaran Langsung melalui Youtube Channel Rasmi: Perpustakaan Cendekiawan
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Resensi disampaikan oleh: Dr. Abdul Wahab Md Ali, Penulis, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Terengganu
Penglibatan: 256 orang peserta
Dungun, 11 Januari 2026 – Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah berjaya menganjurkan program Tela’ah@Resensi Buku: Peristiwa Israk & Mikraj di Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE). Program ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube rasmi perpustakaan dan menarik seramai 256 orang penonton fizikal dan dalam talian.







Program menampilkan Dr. Abdul Wahab Md. Ali, pensyarah ACIS UiTMCT, sebagai panel wacana, manakala sesi dikendalikan oleh Muhammad Zharfan Tadris, pelajar Diploma Muamalat Semester 3. Penganjuran ini merupakan inisiatif strategik perpustakaan bagi menggalakkan pembacaan kritis serta budaya perkongsian ilmu.
Buku Peristiwa Israk & Mikraj karya Syeikh Mutawalli Sya‘rawi menghuraikan peristiwa mukjizat Nabi Muhammad SAW dengan pendekatan tafsiran yang mendalam dan rasional, menekankan nilai akidah, ibadah dan keimanan. Secara keseluruhannya, program ini berjaya membantu masyarakat menghayati mesej Israk dan Mikraj sebagai seruan memperkukuh iman dan memelihara solat dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.