KOTA SAMARAHAN, 2 NOVEMBER 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Kursus Easy Write with Microsoft Word & Mendeley untuk semua staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Kursus yang diadakan bertempat di Bilik Audio Visual PTAR Kampus Samarahan 2 ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan dan staf PTAR Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2.
Penceramah untuk kursus ini ialah En. Adi Azri Mohamad, Pustakawan PTAR Kampus Mukah. Kursus ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi untuk Modul Easy Write with Microsoft Word dan sesi petang untuk Modul Mendeley.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga bermanfaat buat semua.