Penyertaan KIK SPEKTRUM Dalam Konvensyen KIK UiTM Kali Ke-27

SHAH ALAM, 23 OKTOBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menghantar penyertaan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Kali Ke-27 yang telah berlangsung pada 23-25 Oktober 2023 bertempat di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada KIK SPEKTRUM yang mewakili PTAR UiTM Cawangan Sarawak yang dianggotai oleh 8 orang staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan seorang staf Unit Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak kerana telah berjaya merangkul Penarafan Emas bagi projek Bahan (Buku) Yang Rosak Tidak Dilaporkan

Semoga selepas kejayaan Kumpulan KIK SPEKTRUM ini, ia menjadikan satu pemangkin kepada PTAR UiTM Cawangan Sarawak untuk terus maju dan sentiasa melahirkan idea-idea yang inovatif dan kreatif pada masa akan datang.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply