PTAR RAUB LIBRARY’S OPEN MIC: INTELEKTUAL DISKUSI ANAK MUDA [SPEAKER CORNER]

Pada 20 Jun 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mengadakan suatu program di bawah segmen Speaker’s Corner iaitu PTAR Library’s Open Mic. Objektif program adalah bagi menyediakan platform bagi pengucapan awam, perbahasan dan perbincangan terbuka perkongsian anak muda mengenai isu semasa di dalam masyarakat dan kehidupan.

Selain itu, program ini juga dapat memupuk kreativiti dan membina komuniti di mana peserta mempunyai peluang untuk bercakap dalam konteks pengucapan awam dalam persekitaran yang menyokong dan terbuka mengenai isu semasa.

Program tersebut telah berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh wakil pelajar sekolah menengah dari sekitar daerah Raub iaitu dari kalangan pelajar UiTM Kampus Raub. Topik yang dikongsikan perlu menepati syarat sesi, sensitiviti dan peraturan universiti. Peserta diberikan selama 10 minit bagi pengucapan awam dan juri akan menentukan pemenang bagi sesi perkongsian intelektual anak muda.

Empat (4) Sekolah Menengah daerah Raub yang terlibat adalah:

  1. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (SEMESTA)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub
  4. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ching

Pelbagai topik menarik yang telah diperdengarkan oleh para peserta. Antaranya “Kesihatan Mental dipandang enteng oleh sesetengah pihak” yang telah disampaikan oleh Johan bagi kategori pelajar Sekolah Menengah iaitu adik Qaisara binti Jabar Azman. Manakala bagi Johan bagi kategori Pelajar UiTM pula dirangkul oleh saudara Ahmad Benjamin bin Shahrul Hisham yang juga memilih topik berkaitan “Investasi terbaik adalah investasi kepada kesihatan mental anak muda”.

Mohd Anwar bin Hassim Per. Al-Bukhari Raub Pahang

Leave a Reply