Outreach Yea Sayang Gi: Kembara Ilmu STEMSAS 2023

Pada 8 Julai 2023, Perpustakaan UiTM Pahang telah mengadakan sesi Outreach iaitu ‘Outreach Yea Sayang Gi: Kembara Ilmu STEMSAS 2023’ yang bermula dari jam 8.30 Pagi sehingga 2.30 Petang.

Program ini adalah dengan kerjasama dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pos Iskandar (JPKK), Kelab Generasi Prihatin, Koordinator Program Pra Pendidikan Tinggi, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 UiTM Kampus Jengka dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023 UiTM Kampus Jengka.

Program outreach ini telah dirasmikan oleh YB Khaizulnizam bin Mohd Zuldin. Dalam program ini, beberapa aktiviti telah dijalankan, iaitu sukaneka, pameran hasil karya komuniti orang asli, UiTM dan sebagainya, bicara tokoh bersama Pengarah JAKOA Negeri Pahang, ceramah pra pendidikan tinggi oleh unit UiTM, sesi bersama JAKOA daerah, make over terminal Ilmu “Yea Sayang Gi” dan pelancaran terminal ilmu serta pemberian 900 naskah buku sumbangan.

Di antara tetamu lain yang juga turut hadir adalah , YB ADUN Kemayan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang dan Daerah Bera, UiTM Cawangan Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Bera, Institut Aminuddin Baki (IAB), PIBG SMK Tembangau, IPD Bera, JPKKOA Pos Iskandar, SK Pos Iskandar, Batin-batin Pos Iskandar, Koordinator Program Prapendidikan Tinggi, Majlis Belia Orang Asli Malaysia, Kelab Generasi Prihatin Bera, Ibu bapa Murid Asli Pos Iskandar, Majlis Perwakilan Pelajar UITM Jengka sesi 2022/2023 dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mat Kilau UITM Jengka sesi 2022/2023.

Mohd Anwar bin Hassim Per. Al-Bukhari Raub Pahang

Leave a Reply