Kursus Kompetensi ICT

Tajuk : Kursus Kompetensi ICT

Tarikh: 26 Julai 2023 ( Rabu )

Tempat: Bilik IT Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Alhamdulillah, kursus kompetensi ICT telah berlangsung di Bilik IT PAB dengan jayanya. Kursus ini telah dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi sebelah pagi bertajuk Kursus Google Drive dan sebelah petang Kursus Microsoft 365.

Fokus utama kursus ini dijalankan adalah memberi pendedahan dan menambah pengetahuan warga perpustakaan mengenal fungsi Microsoft Office 365, Microsoft Teams dan Google Drive dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan gaya dan format yang konsisten.

Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah staf daripada Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Pahang Puan Rosmawati binti Md Saad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Encik Mat Huzaini Abdul Talib, Penolong Teknologi Maklumat.

Diharapkan kursus ini seiring SDG 4 (Quality Education) dapat menambah pengetahuan staf yang terlibat dengan penggunaan sistem dalam membantu kerja seharian mereka.

This image has an empty alt attribute; its file name is sesi-pembentangan-1-1-1024x819.png

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply