𝐋𝐢𝐛𝐫𝐚𝐫𝐲 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 – 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐤𝐚𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥

18 Jun 2023, Ahad – Satu sesi Library Outreach telah diadakan bersama pihak Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Program ini telah diadakan di bilik mesyuarat Perpustakaan Tun Dr Ismail. Library outreach dimulakan dengan ucapan daripada Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan memberi penerangan berkaitan halatuju Perpustakaan dan tujuan Library Outreach diadakan kepada pihak Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Turut sama memberi taklimat adalah semua Pustakawan Kanan iaitu En Idris bin Muhammad, Cik Nor Azelea binti Mohd Azahar, Pn. Siti Rozana binti Mat Sanat, Pn. Noredayu binti Rosli dan En. Ahmad Akmal bin Mohd Idris.

Turut hadir adalah Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal iaitu Dr. Siti Khadijah binti Alias dan Resource Person (RP) iaitu Puan Norliawati binti Abu Othman, Ts Hazriel Faizal Bin Pahroraji, Dr. Abd Aziz bin Mohd Yusof dan En. Zeno Michael.

Tujuan program ini diadakan untuk menjelaskan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang boleh digunakan oleh pihak Pusat Pengajian dalam proses  pembelajaran. Selain itu, pihak PTDI turut memohon kerjasama daripada pihak Pengajian untuk turut sama menyokong sebagai langkah strategi dalam mencapai KPI dan PI Perpustakaan UiTM. Antara yang ditekankan adalah tentang Kelas Kemahiran Maklumat, penyerahan projek pelajar, pinjaman bahan, penggunaan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT), penggunaan eBook, kemudahan ruang Library Community Engagement dan lain-lain.

Pihak Perpustakaan amat berterima kasih kepada pihak Pengajian Kejuruteraan Mekanikal yang memberi sokongan yang sepenuhnya kepada Perpustakaan. Maklumbalas yang positif daripada pihak Pengajian amat dialu-alukan dan diharap dengan adanya kerjasama sebegini memberi impak yang positif kepada pelajar dan pensyarah khasnya. Semoga perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM digunakan sepenuhnya oleh warga kampus.

Sesi Library Outreach bersama Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat dan Idris bin Muhammad

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply