SHORT STORY COMPETITION, 𝑪𝑹𝑬𝑾1@𝑷𝑻𝑫𝑰

Pertandingan ini merupakan salah satu program Read@UiTM yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Dr. Ismail dengan kerjasama APB UiTM Cawangan Johor. Perkataan CREW adalah singkatan untuk Creative Writing. Untuk pertandingan ini, para peserta perlu menulis cerita pendek di dalam Bahasa Inggeris. Setiap penyertaan karya kreatif mereka disaring pada peringkat penjurian awal, dan 15 penyertaan terbaik layak ke peringkat akhir.

Berikut adalah maklumat berkaitan program : 

  • Tempoh pertandingan: 15 April – 20 Mei 2023
  • Penjurian awal: 21 – 24 Mei 2023
  • Penjurian akhir: 25 Mei 2023 
  • Jumlah Penyertaan : 103 pelajar UiTM Kampus Segamat

Berikut pula adalah objektif program : 

  • Meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan pelajar di dalam Bahasa Inggeris
  • Menyemai minat pelajar dalam penulisan kreatif di dalam Bahasa Inggeris
  • Membantu pencapaian Performance Indicator ke 2: Bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM.

Pemenang telah menerima hadiah berupa wang tunai dan baucar He & She dan diumumkan semasa hari kemuncak Crew 2@PTDI pada 6 Julai 2023.

Penulis : Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply