Kunjungan balas PKEJ ke Fakulti Senilukis dan Kreatif UiTM Shah Alam

Pada 22hb September 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah melakukan kunjungan balas kerja ke Fakulti Senilukis dan Kreatif UiTM Shah Alam. Kunjungan balas ini adalah bagi memenuhi undangan dari Pensyarah yang telah sudi melawat PKEJ sebelum itu dan kunjungan balas ini diwakili Puan Rizana Mohd Radwan, En. Mohd Fitri Ruslan, Puan Nur Fatin Tohar, Puan Nur Sakeenah Mahmob dan En, Mohd Afendi Manshor. Kedatangan rombongan PKEJ ini disambut oleh Penyarah kanan Cik Cik Mursyidah Binti Zainal Abidin dan Puan Nik Syahida Binti Sabri.

Rombongan kami dibawa melawat ke sekitar bangunan Fakulti Senilukis dan Senireka. Antara ruang yang sempat dilawati adalah ruang teknologi percetakan, ruang pameran seni halus, studio pelajar, bilik gelap, dan tapak galeri. Pihak kami juga dibawa melihat pelbagai koleksi seni halus, catan dan seramik yang terdapat disitu.

Sedikit perbincangan berkaitan peluang Kerjasama serta perkongsian idea juga berlangsung di Bilik Mesyuarat Fakulti tersebut. Sesi 2 jam ini diakhiri dengan sesi bergambar dan tamat pada jam  tenga hari.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply