Kunjungan Pensyarah Kolej Pengajian Seni dan Kreatif ke PKEJ

Pada 21 September 2023 yang lepas, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah dikunjungi oleh dua orang Pensyarah dari Kolej Pengajian Seni dan Kreatif, UiTM Shah Alam. Mereka adalah Cik Mursyidah Binti Zainal Abidin dan Puan Nik Syahida Binti Sabri. Kunjungan ini rentetan daripada perbincangan bersama Dr Mohd Jamil Bin Mat Isa tentang hasrat perpustakaan mendapatkan sumbangan karya-karya pelajar untuk menghiasi dinding-dinding di ruang riadah si aras 5.

Dalam pertemuan itu, pada asasnya mereka teruja untuk membekalkan karya yang dihasratkan namun mencadangkan agar dilaksanakan oleh persatuan pelajar mereka untuk sebarang penggantian karya pada setiap semester dengan itu mereka dapat jadikan sebagai aktiviti pelajar. Mereka juga bercadang untuk mengadakan mini pameran pada semester 13 atau semester 14 di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan juga sebagai aktiviti pelajar iaitu pemarkahan tugasan semester pelajar masing-masing.

Mereka juga berhasrat untuk membekalkan karya secara bertema sesuai dengan bilangan pusat pengajian yang mereka miliki di Kolej Pengajian Seni dan Kreatif khususnya seperti Seni Halus, Seni Arca, Seni Catan dan Seni Seramik. Hasil kunjungan ini akan mereka majukan kepada pengetahuan pihak atasan mereka dalam usaha merealisasikan wujudnya mini galeri atau dengan kata lainnya ruang pameran Kolej Pengajian Seni dan Kreatif, UiTM Shah Alam di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply