Pameran Majlis Pelancaran Universiti Malaya Open Science (UMoS)

Tarikh : 6 June 2023

Tempat : Universiti Malaya

Pada 6 Jun 2023, Universiti Malaya telah mengadakan majlis pelancaran Universiti Malaya Open Science (UMoS), yang menampilkan beberapa syarahan oleh panel-panel dari pelbagai latar belakang sains.

Perpustakaan Al-Bukhari telah mendapat peluang untuk menyertai sebagai pempamer di majlis tersebut. Program ini membolehkan Perpustakaan Al-Bukhari mempamerkan projek-projek Citizen Science yang telah dilakukan di UiTM Cawangan Pahang. Selain itu, majlis tersebut juga berfungsi sebagai platform bagi komuniti sains untuk berkongsi pengalaman dan berinteraksi antara satu sama lain.

Terdapat beberapa pempamer yang dijemput bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply