Pameran Syarahan Profesor “Evolusi Pegaga & Ketum”

Tarikh : 31 Mei 2023

Tempat : Al – Biruni 1, UiTM Cawangan Pahang

Pada 31 Mei 2023, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang telah mengadakan sebuah syarahan yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan yang juga merupakan Rektor UiTM Cawangan Pahang. Syarahan yang disampaikan membawa tajuk “Evolusi Pegaga dan Ketum Dalam Sistem Perubatan Tradisional Malaysia”.

Untuk menambah unsur kreativiti dan daya tarik visual dalam program ini, staf dari Perpustakaan Al-Bukhari turut terlibat dalam menyediakan sebuah pameran. Bahan-bahan pameran merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan serta poster-poster yang berkaitan dengan tema syarahan.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply