Program Jom Baca bersama 10 Minit@PUiTM

Pada 18 MEI 2023, Program Jom Baca Bersama 10 Minit@PUiTM telah dijalankan secara terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Pahang. Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini merupakan program yang dianjurkan secara serentak di seluruh Malaysia bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit@PUiTM ini secara fizikal bertempat di ruang legar PAB 1 pada pukul 10:45 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Seramai 39 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Program yang seiring dengan “SDG4: Quality Education” ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti menarik antaranya, “Sharing Session”, Anugerah Peminjam Buku Terbanyak dan Program Santai 10 Minit Bersama PAB.

Semoga program yang dijalankan ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar serta staf UiTM Cawangan Pahang bak kata pepatah ‘Membaca jambatan ilmu’.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply