Seminar dan pertandingan poster amalan terbaik

Unit Arkib Cawangan Pahang (UAC) menyertai seminar dan pertandingan poster amalan terbaik pengurusan rekod, arkib dan galeri universiti sempena sambutan Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM anjuran Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 2023 pada 8 Jun dan 9 Jun 2023.

Pada hari pertama 8 Jun 2023 telah berlangsungnya seminar, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bertempat di Jabatan Arkib Universiti, Blok F, Kompleks Kenanga, UiTM Shah Alam. Ucaptama seminar disampaikan oleh YBrs. Encik Azman bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA)

Bagi hari kedua 9 Jun 2023 (Jumaat)

Unit Arkib Cawangan Pahang (UAC) menghadiri jemputan ke Majlis Kemuncak Sambutan Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM anjuran Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Jemputan Bicara Tokoh ialah YBrs. Dr Hajah Zahrah binti Mokhtar. Pengkisahan sejarah 40 Tahun (1982-2022) dalam Pembangunan dan Perkembangan Arkib UiTM.

Majlis kemuncak Sambutan Hari Arkib Antarabangsa diteruskan dengan Ucapan YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan – Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) dan ucapan Perasmian oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti).

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply