Lawatan Pelajar SERI Tahfiz Al Banna

TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SERI TAHFIZ AL BANNA BANDAR JENGKA

TARIKH : 01 JUN 2023

MASA : 10.00 PAGI

Perpustakaan Al-Bukhari berbesar hati menerima kedatangan pelajar-pelajar SERI Tahfiz Al Banna seramai 20 orang pelajar bersama 5 orang guru pengiring. Pihak perpustakaan berpeluang untuk berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Pihak perpustakaan juga turut mengadakan aktiviti membaca serta perkongsian bahan bacaan yang telah dibaca oleh pelajar-pelajar tersebut, seiring dengan SDG 4: Quality Education. Program ini telah dikendalikan oleh En Mohd Fadhli Samsudin, Pustakawan Kanan serta di bantu oleh staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka .

Semoga semua pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin. Selamat Maju Jaya!

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply