Mobile Library@Laman Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 22 Mei 2023, PTAR Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program Mobile Library bertempat di Laman Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Program yang diadakan selama 2 jam ini bertujuan untuk menggalakkan warga kampus membuat pinjaman buku-buku yang dibawa dari perpustakaan disamping menyediakan perkhidmatan perpustakaan di tempat mereka.

Antara perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung ialah perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan, penghantaran buku dan rujukan perkhidmatan perpustakaan digital. Bagi menggalakkan peminjaman buku pada hari tersebut, setiap peminjam yang meminjam lebih daripada 2 nashkah buku akan menerima cenderahati daripada PTAR UiTMCPP dan berpeluang memenangi lebih hadiah dengan menyertai permainan yang disediakan.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply