Jom Baca Bersama untuk 10 Minit @UiTM Cawangan Pulau Pinang

Permatang Pauh, 18 Mei 2023 – Sempena Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit yang berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh juga tidak ketinggalan untuk turut sama menjayakan program tersebut. Salah satu objektif program ini adalah untuk menjadikan membaca sebagai budaya dalam kalangan warga UiTM.

Justeru itu, promosi telah pun dijalankan di sekitar kampus kepada pelajar dan staf untuk mengajak mereka bersama-sama menyertai program Jom Baca Bersama untuk 10 minit di tempat masing-masing. Pembaca bertuah juga berpeluang memenangi cenderahati daripada PTAR dengan menghantar gambar membaca mereka yang paling menarik.

Terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang yang telah menyertai program ini. Semoga aktiviti membaca dapat terus disuburkan dalam kalangan warga kampus seterusnya menjadikan buku sebagai sahabat yang dapat memberi pengetahuan serta kebaikan sepanjang masa.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply