Program Read@UiTM: Meet & Greet Bersama Shakirah Md Din

Permatang Pauh, 10 Mei 2023 – Program Read@UiTM: Meet & Greet Bersama Shakirah Md Din telah diadakan secara hybrid iaitu di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) juga menerusi Facebook PTAR UiTMCPP. Program yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini dikendalikan oleh Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor selaku moderator.

Menerusi program ini, Puan Shakirah yang juga pemandiri kanser berkongsi cerita mengenai buku-buku tulisan beliau serta pengalaman suka duka sepanjang menghidap penyakit kanser. Disamping itu, penonton di PTAR turut berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan beliau.

Di akhir program, Puan Shakirah telah berbesar hati menyumbangkan 5 naskhah buku tulisan beliau kepada PTAR UiTMCPP. Selain itu, beliau turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang kuiz yang diadakan selepas rakaman siaran langsung berakhir. Rakaman siaran langsung boleh dicapai menerusi pautan berikut https://www.facebook.com/library.uitm.penang/videos/766470284943541

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply