Majlis Sanjungan Budi, Seribu Memori Puan Hayati Mokhtaram

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Seribu Memori pada 3 Mei 2023 bersempena dengan persaraan Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan. Majlis yang diadakan di ruang LCE PTAR turut dimeriahkan dengan kehadiran staf-staf yang pernah bertugas bersama Puan Hayati di PTAR UiTMCPP sejak beliau bertugas di Pulau Pinang.

Sepanjang majlis berlangsung, Puan Hayati telah beramah-mesra dengan para tetamu yang hadir terdiri daripada rakan-rakan sekerja dari pelbagai unit dan jabatan serta ahli Jawatankuasa Eksekutif UiTMCPP. Majlis juga diserikan dengan acara penyampaian cenderahati kepada beliau dan sesi bergambar bersama para tetamu.

Semoga Puan Hayati sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Segala jasa dan bakti selama bersama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang akan dikenang selalu.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply