Read@UiTM : Mobile Library@Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam

Selama 4 jam, Jabatan Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam telah membuka booth Mobile Library pada 24 Mei 2023 di Ruang Legar Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), UiTM Shah Alam.

Booth Mobile Library yang bermula jam 11:00 pagi sehingga jam 3:00 petang bermatlamat untuk memudahkan akses warga UiTM terhadap perkhidmatan dan koleksi PTAR.

Selain pameran buku terbitan terkini genre akademik dan santai, booth Mobile Library turut menawarkan bimbingan akses perkhidmatan perpustakaan digital disamping perkhidmatan semakan status pengguna dan penghantaran buku.

Sambutan yang baik telah diterima oleh petugas booth Mobile Library apabila sejumlah 86 orang pengunjung telah berkunjung ke booth manakala 18 naskhah buku telah berjaya dipinjam.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply