Mesyuarat Festival Bahasa dan Sastera anjuran DBP

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah terpilih sebagai salah satu jabatan di UiTM yang akan terlibat bagi menjayakan Festival Bahasa dan Sastera peringkat Negeri Selangor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Festival selama dua hari bermula 27 Mei 2023 bertujuan memartabatkan bahasa dan sastera disamping menambahkan minat membaca dikalangan rakyat negeri Selangor.   

Jalinan kerjasama antara PTAR dan DBP merupakan peluang yang amat bernilai apatah lagi melibatkan 10 organisasi lain seperti berikut: 

  1. Pejabat Menteri Besar Selangor 
  2. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 
  3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) 
  4. Majlis Debat Universiti Malaysia 
  5. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 
  6. Pejabat Pendidikan Daerah Shah Alam 
  7. Pejabat KEMAS Negeri Selangor 
  8. Management and Science University (MSU) 
  9. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 
  10. Kolej Vokasional Shah Alam

Mesyuarat selama hampir 3 jam ini telah berlangsung di PPAS, seksyen 13 Shah Alam yang terpilih sebagai lokasi festival tahun ini. Pengarah PPAS YBhg. Datin Paduka Hjh. Mastura Hj. Muhamad telah mempengerusikan mesyuarat yang telah dihadiri seramai hampir 30 orang ahli. 

PTAR diwakili oleh Timbalan Ketua Pustakawan Puan Nor Azwani Mohamad dan Pustakawan Kanan Puan Zuhaslinda Sulaiman. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply