PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2023 PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Merbok, 13 April 2023 – Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri mengikut cadangan tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud dan bertadabbur.

Objektif utama program ialah menilai sejauh mana hubungan dan interaksi dengan Al-Quran serta kesedaran tentang perlunya kepada Al-Quran. Selain itu, tujuan program ini diadakan untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan paling lengkap untuk kehidupan seharian kita.

Program ini diadakan serentak di seluruh negara pada 22 Ramadan 1444H bersamaan hari Khamis , 13 April 2023 jam 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari. Untuk tahun 2023 bagi mencapai matlamat “Dunia berbudi dan Penyayang” maka surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema “Memanusiakan Ummah”.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menzahirkan 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran di seluruh dunia disamping memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran dan menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan ke arah yang positif.

Disediakan oleh : Encik Muzammil Mohd Mustaffa, Pem. Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply