AKTIVITI PELUPUSAN BAHAN BERCETAK PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Merbok, 12 Januari 2023 – Aktiviti pelupusan merupakan salah satu elemen amalan 5S yang merujuk kepada perbuatan β€˜Seiri’ (sisih). Lambakan bahan/rekod yang tidak diurus dengan baik boleh menjurus kepada suasana persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif. Selaras dengan itu, Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) telah melaksanakan aktiviti pelupusan bahan bercetak sebanyak 10,401 naskah. Pelupusan bahan perpustakaan dilakukan ke atas bahan yang merupakan edisi lama dan lebihan naskah di rak.

Memastikan perpustakaan mempunyai ruang untuk menempatkan bahan-bahan baharu di samping memastikan koleksi perpustakaan adalah sentiasa terkini. Aktiviti pelupusan ini telah dilaksanakan setelah permohonan pelupusan terlibat mendapat kebenaran daripada Arkib Negeri Kedah/Perlis. Pelupusan ini dilaksanakan oleh syarikat yang telah dilantik oleh Unit Arkib Cawangan. Melalui aktiviti pelupusan ini, pihak perpustakaan  dapat mengosongkan semula laluan kecemasan perpustakaan dan menjimatkan ruang rak yang berkeupayaan untuk menempatkan bahan-bahan lain.

Disediakan oleh : Puan Atirah Binti Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply