Kunjungan Hormat Ke Atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM

Bertempat di aras 7, Bangunan Canseleri telah diadakan kunjungan hormat oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose. 

Kunjungan Hormat ini adalah yang julung kalinya diadakan oleh PTAR selepas pelantikan YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr. Raduan berkuat kuasa 15 Februari 2023. 

Seramai 3 orang staf PTAR diketuai oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan YBrs. Tuan Ts. Hj. Azizi bin Haji Jantan telah hadir bagi melaporkan perkembangan dan halatuju terkini PTAR. 

Pertemuan yang diadakan selama satu jam ini turut berhasrat mengundang YBhg. Prof. ke program bual bicara Live@PTAR yang akan dikendalikan oleh Bahagian Korporat dan Kolaborasi. 

Kunjungan yang amat bermakna ini telah diadakan pada 16 Mei 2023 jam 2:00 petang dan turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli dan Pembantu Pustakawan Tertinggi Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad.  

PTAR Shah Alam

Leave a Reply