Kolaborasi PTAR dan MASMED

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan satu perbincangan bersama Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) bagi menyediakan perkhidmatan minuman Nescafe di PTAR Kejuruteraan, Shah Alam.

Perbincangan ini telah berlangsung pada 19 April 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR.

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah mengetuai perbincangan tersebut bersama-sama 6 orang wakil PTAR dan MASMED seperti berikut:

Wakil PTAR: 

  1. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) 
  2. Puan Nur Azian Azis (Pustakawan Kanan) 
  3. Encik Badle Shah Yahaya (Ketua Pembantu Pustakawan) 
  4. Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) 

Wakil MASMED: 

  1. Ts. Dr. Nik Roselina Nik Roseley (Director of the Student Entrepreneurship) 
  2. Encik Azuan Mohd Alias (Head of Business Consulting & Development) 

Inisiatif ini sebagai satu nilai tambah terhadap perkhidmatan dan kemudahan PTAR.

PTAR Shah Alam

Leave a Reply