Kolaborasi Kedua PTAR dan JHEKS

Kolaborasi kedua antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dijangka akan diadakan pada 21 Jun 2023.

Program berbentuk bual bicara bersama pelajar UiTM semester akhir bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berpersatuan.

Oleh itu, satu perbincangan antara Bahagian Korporat dan Kolaborasi, PTAR dan JHEKS telah diadakan pada 19 April 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR.

Seramai 6 orang wakil PTAR dan JHEKS telah menghadiri perbincangan tersebut:

Wakil PTAR:

  1. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan/Ketua Bahagian)
  2. Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan)
  3. Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi)

Wakil JHEKS:

  1. Tuan Hj Azzal bin Abu Talib – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor Dan wilayah Persekutuan
  2. Tuan Kamarul Izwan bin Osman – Pegawai Kesatuan Sekerja
  3. Puan Ismira Binti Ismail – Penolong Pengarah
PTAR Shah Alam

Leave a Reply