Perbincangan Agenda Pelaksana MoU UiTM – IIM

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan mengenai penerbitan dan perkongsian bahan bacaan berkaitan Integriti dan Tata Kelola pada 17 Mei 2023 tepat jam 11:30 pagi hingga 1:00 petang. 

PTAR telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan inisiatif penerbitan dan perkongsian bahan ini sebagaimana terkandung dalam agenda pelaksana MOU UiTM dan IIM. 

Perbincangan yang diadakan di Bilik Seminar, PTAR ini telah dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Haji Jantan dan turut dihadiri oleh wakil PTAR dan IIM seramai tujuh orang seperti berikut: 

Wakil PTAR: 

  1. Puan Aznur Umiza Abu Kassim (Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti) 
  2. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli (Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi) 
  3. Puan Masnida Hanim Che Mahmood (Pustakawan Kanan) 
  4. Encik Mohd Izwan Salim (Pustakawan Kanan) 

Wakil IIM:

  1. Puan Alice Suriati Mazlan (Ketua Seksyen Komuniti Korporat)
  2. Encik Fison Hamdi Ahmad (Ketua Seksyen Advokasi & Latihan)
  3. Encik Muhammad Rasyid (Pustakawan)

Perbincangan ini telah menghasilkan persetujuan bersama mengenai aktiviti-aktiviti berikut:  

  1. Visibility link IIM di website PTAR dan link PTAR di website IIM.                                               
  2. Penyerahan bahan bercetak terbitan IIM kepada seluruh sistem perpustakaan UiTM.  
  3. Program bual bicara warga IIM berkaitan integriti dengan kerjasama PTAR diadakan di ruang media PTAR.
  4. Kemudahan dan fasiliti PTAR ditawarkan kepada IIM untuk mengadakan program dan latihan.
  5. Keahlian luar warga IIM serta warga UiTM menjadi ahli luar IIM.
  6. Mempromosi penerbitan IIM kepada penyarah UiTM untuk penulisan buku dan lain-lain.
  7. Pertandingan reading corner kepada semua PTJ UiTM dengan menempatkan koleksi/bahan bacaan berkaitan integriti dan tata kelola.

 PTAR dijangka akan membuat kunjungan balas ke atas IIM dalam masa terdekat. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply