Program Tadarus Al-Quran 2023/1444H PTAR UiTM Cawangan Melaka

11 April 2023, Selasa- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengikuti Program Tadarus Al-Quran bersama staf, anjuran Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program telah dijalankan di Bilik Mesyuarat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan melibatkan Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Terima kasih kepada Ustaz Dr. Mohd Zaid Mustafar, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), selaku pemimpin tadarus bagi program kali ini.

Semoga Ramadan tahun ini kita semua mengambil peluang untuk mempertingkatkan lagi amalan dan ibadat kita dalam bulan yang penuh barakah ini dan menjadi asbab kepada redha Allah S.W.T.

Sekitar Program Tadarus Al-Quran bersama staf PTAR sedang dijalankan, dipimpin oleh Ustaz Dr. Mohd Zaid Mustafar.

Ustaz Dr. Mohd Zaid Mustafar sedang menyampaikan tazkirah ringkas tentang kelebihan membaca Al-Quran

Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan sedang menyampaikan cenderahati kepada pemimpin tadarus.

Ditulis oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply