Klinik Al Fatihah dan Ulasan Kitab (Tafsir Mubin) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ)

Pada 18 pril 2023 bersamaan 27 Ramadhan 1444 telah berlangsung satu Program Klinik Al Fatihah dan Ulasan Kitab (Tafsir Al-Quran) di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ). Program berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di ruang santai PKEJ. Peserta program ini disasarkan kepada staf PKEJ sendiri dan rakan sejawat dari Perpustakaan Sains & Teknologi (PST). Program disampaikan oleh Ustaz Mohd Abdul Aziz Bin Idris dari Bahagian Hal Ehwal Islam, Masjid Al-Wathiqu Billah TuanKu Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Melalui Program Klinik Al Fatihah ini, peserta dapat mempelajari  Surah Al Fatihah dari segenap aspek: hukum-hakam tajwid, sebutan makhraj huruf, qiraat dan pendekatan Islam, iman dan ihsan dalam memahaminya.

Ulasan Kitab Tafsir Mubin oleh Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid pula memberi penerangan tentang Ayat-ayat yang mempunyai perkaitan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Ia bermula dengan iman, amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Semoga program keagamaan seperti ini dapat memberi manfaat kepada warga UiTM dan dapat diteruskan di masa akan datang

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply