Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Ramadan serta Program World #QuranHour 1444H / 2023M (Surah Al-Insan)

13 April 2023, Khamis- PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini. Program diadakan bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 10.00 pagi, melibatkan Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Khairul Azhar Meerangani, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka.

Majlis diteruskan dengan Program World #QuranHour 1444H / 2023M (Surah Al-Insan) yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, (JAIM), Pertubuhan Pengurusan Rumah Ngaji Melaka dan semua Perpustakaan Awam Negeri Se-Malaysia, bertemakan Misi Surah Al-Insan (Memanusiakan Ummah) yang diadakan serentak di seluruh dunia pada jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah. Seramai 314 orang telah terdiri dari staf dan pelajar menyertai Program World #QuranHour.

Semoga program murni yang dianjurkan ini dapat menjadikan bacaan Al- Quran ini sebagai budaya harian dan menggalakkan individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga usaha ini diberkati.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Dr. Khairul Azhar Meerangani, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka kepada staf PTAR

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran sedang dijalankan, dipimpin oleh Ustaz Dr. Khairul Azhar Meerangani

Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, sedang menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Dr. Khairul Azhar

Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama pelajar UiTM Cawangan Melaka turut bersama – sama menyertai Program World #QuranHour 1444H / 2023M (Surah Al-Insan)

Ditulis oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply