Book2u @ Unit Telefonis UiTM Shah Alam

Pada 17 April 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) Shah Alam telah mengadakan Program BOOK2U@Unit Telefonis UiTM. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekati pengguna yang terdiri dari kalangan staf UiTM menggunakan perkhidmatan perpustakaan.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah promosi Mobile Apps PTAR, promosi perkhidmatan perpustakaan dan juga pinjaman buku-buku perpustakaan. Program ini dijalankan diatas keprihatinan pihak PKEJ diatas kekangan staf dari Unit Telefonis mendapatkan perkhidmatan di perpustakaan disebabkan tuntutan kerja yang padat.

Hasil dari kunjungan ini, pihak PKEJ telah berjaya memperolehi sebanyak 16 pinjaman bahan dari 3 orang staf yang ada. Keterujaan mereka kepada bahan bacaan terutamanya dari genre novel membawa kepada dorongan untuk mereka mengunjungi perpustakaan di masa akan datang.  Pihak PKEJ juga telah berjaya mempromosikan bahan bacaan baharu yang terdiri dari bahan Novel dan buku-buku motivasi dan agama.

Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan penyertaan warga UiTM dalam aktiviti-aktiviti galakan membaca anjuran perpustakaan dan dapat menyemarakkan minat suka membaca dikalangan warga UiTM.

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply