Program Live@PTAR : Tazkirah Ramadhan: Bakul Terbalik Di Bulan Ramadhan

Pada 13hb April 2023 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Live@PTAR bersempena bulan Ramadhan iaitu Tazkirah Ramadhan yang bertajuk Bakul Terbalik Di Bulan Ramadhan. Tazkirah ini telah dilaksanakan di Dewan Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan pautan secara siaran langsung di Youtube Perpustakaan Cendekiawan UiTMCTKKT. Penceramah jemputan bagi tazkirah merupakan Mantan Pegawai Agama Istana Terengganu iaitu Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali. Beliau merupakan personaliti TV dan radio, penulis buku dan penceramah yang mempunyai pengalaman luas dan bergiat aktif memberi ceramah di masjid atau organisasi. Manakala, Ustaz Mohd Shahnizam Azmi, Penolong Pendaftar Kanan, (UHEI), selaku moderator bagi tazkirah Ramadhan.

Program yang bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi telah dihadiri oleh warga kampus UiTM Kampus Kuala Terengganu serta pelajar-pelajar dan guru SMK Chendering dan SK Kubang Ikan. Saguhati program turut disediakan kepada pendaftaran secara fizikal di Dewan Lestari. Penolong Rektor Kampus Kuala Terengganu turut hadir bagi meraikan kedatangan penceramah jemputan dan mendengar tazkirah sehingga selesai.

Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali mendapat sambutan yang baik dari warga UiTM mengenai maksud Bakul Terbalik. Sepanjang perkongsian berlangsung, pelbagai persoalan turut dijelaskan mengenai kemuliaan dan kerahmatan yang perlu diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.

Semoga perkongsian tazkirah Ramadhan ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTM. Untuk menonton semula rakaman program tersebut menerusi saluran YouTube PERPUSTAKAAN CENDEKIAWAN UITMCTKKT.

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply