Ceramah Ramadhan: Syukur PadaMu

Unit Sumber Bercetak, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah menganjurkan satu ceramah secara bersemuka bersempena bulan Ramadhan bertajuk Syukur PadaMu yang bertempat di Ruangan Bacaan Majalah Aras 1 Perpustakaan pada 12 April 2023, Rabu yang lalu. Hadir sebagai penceramah jemputan bagi program ini ialah Ustaz Wahairi Mahmud, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari  (ACIS), UiTM Cawangan Terengganu. Beliau merupakan seorang penceramah yang berpengalaman luas dan aktif memberi ceramah di masjid dan surau; dalam dan luar UiTMCT.

Program yang bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai lebih 30 orang peserta daripada pelbagai unit dan bahagian UiTM Cawangan Terengganu, dan juga pelajar. Saguhati penyertaan disediakan kepada 20 orang peserta terawal.

Ceramah disampaikan secara santai.
Peserta yang hadir.
Ceramah yang santai dan bersahaja, namun penuh pengisian.
Peserta dari pelbagai unit/bahagian dalaman UiTMCT.
Cabutan bertuah.
Puan Widawati (Pembantu Pustakawan Kanan) selaku Ketua Projek.

Antara pengisian yang dikongsikan dalam ceramah Syukur padaMU ialah setiap individu Muslim haruslah mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang dengan izin-Nya kita dapat beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia tahun ini. Ramadhan sememangnya bulan yang patut kita lalui dengan melakukan amal ibadah samada ibadah wajib mahupun sunat dengan penuh ketaqwaan dan secara bersungguh-sungguh, melebihi daripada bulan-bulan yang lain, demi meraih pahala yang berlipat ganda seterusnya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Timbalan Ketua Pustakawan menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.

Semoga penganjuran ceramah ini memberi manfaat kepada semua yang hadir. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ceramah Ramadhan ini.

Disediakan oleh: Wan Mohd Harith Wan Mohd Solah, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply