Lawatan Pelajar Semester 2, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media

Pada 20 Mac 2023, Isnin, seramai 31 orang pelajar semester 2, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media telah mengunjungi Perpustakaan Cendekiawan UiTM Kampus Kuala Terengganu bagi sesi taklimat dan pengenalan mengenai perpustakaan. Lawatan ini diiringi oleh Puan Noor Erni Fazlina Mohd Akhir, Pensyarah Kanan bagi memberi ruang untuk pelajar mengetahui kemudahan yang disediakan.

Sesi lawatan beserta taklimat telah diadakan di ruang terbuka perpustakaan dan disampaikan oleh Cik Nurmaisari selama 30 minit. Sepanjang taklimat diberikan, beberapa kemudahan diterangkan kepada para pelajar terutamanya kemudahan pencarian buku dan penggunaan pangkalan data atas talian untuk mencari maklumat.

Selain itu, para pelajar turut diberikan tugasan untuk mencari buku untuk dijadikan rujukan dalam pembelajaran dan meminjam buku tersebut.

Semoga perkongsian yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

Disediakan oleh : Cik Nurmaisari Binti Che Anuar, Pustakawan

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply