Wakaf Buku 6.0

Pada 24 Mac 2023, pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah menyampaikan sumbangan buku wakaf warga UiTM Cawangan Pahang (Wakaf Buku 6.0) kepada Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2.

Semua buku sumbangan telah diserahkan kepada wakil sekolah iaitu Cikgu Wan Nasarida binti Wan Abdullah dan Cikgu Nurul Wahiedah binti Othman yang disampaikan oleh Encik Mohd Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.

Melalui program ini diharapkan jaringan kerjasama dan ukhwah yang terjalin antara dua pihak dapat dikekalkan melalui kolaborasi bagi program-program di masa hadapan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education dan SDG17: Partnerships for the Goals.

Jom ramai-ramai warga UiTM Cawangan Pahang dan penduduk sekitar untuk turut serta mewakafkan buku-buku melalui program Wakaf Buku 6.0 ini. Semoga usaha murni melalui program ini mendatangkan seribu rahmat kepada semua pihak bagi meningkatkan budaya membaca kepada semua golongan.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply