Program Ihya’ Ramadan: Sentuhan Kasih FLIPS

29 Mac 2023, Rabu – Telah berlangsungnya program Ihya’ Ramadan: Sentuhan Kasih FLIPS bersama Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim bertempat di HRD(A) UiTMCK Kampus Machang bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Program ini dianjurkan oleh FLIPS, iaitu gabungan Fakulti Pengajian Maklumat (FPM), Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan Fakulti Undang-undang (FUU), UiTM Kampus Cawangan Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, Unit Kesihatan, Unit Kerjaya dan Kaunseling, PEWANI, Klinik Ikram, Kelab Keluarga Islah dan PUSPANITA.

Program ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) FLIPS, ucapan perasmian oleh Rektor UiTM Kelantan iaitu YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, penyampaian sumbangan kepada anak yatim, dan dua sesi taklimat daripada Klinik Ikram dan Perpustakaan Tengku Anis.

Selesai program di HRD(A), kesemua anak yatim dibawa ke Perpustakaan Tengku Anis untuk ‘library tour’ dan sesi ini dikendalikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Pustakawan Kanan PTA serta dibantu oleh beberapa orang pelajar latihan industri PTA.

Sempena program Ihya’ Ramadan: Sentuhan Kasih FLIPS ini, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan program wakaf buku untuk disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan.

PTA telah menerima sebanyak 640 buah buku daripada penyumbang yang terdiri daripada warga UiTMCK dan juga pembekal buku. Simbolik penyerahan buku dilakukan oleh Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA bertempat di HRD(A) UiTMCK Kampus Machang sejurus selepas majlis perasmian.

Buku-buku yang disumbang diserahkan kepada pengurus Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim yang diwakili oleh Dr. Muslim Ismail, Pustakawan Kanan PTA. Pihak PTA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga buku yang diwakafkan ini bermanfaat kepada anak-anak yatim tersebut.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply