Program Outreach Pusat Pengajian Sains Komputer & Matematik

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Program Outreach Pusat Pengajian Sains Komputer & Matematik pada 24 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan. Program berlangsung selama 2 jam dihadiri oleh Ketua Program Pusat Pengajian bersama Koordinator, Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti (JSRU), Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan (JPP) dan pegawai perpustakaan terlibat.

Taklimat dibentangkan oleh Puan Aznur selaku Ketua JSRU bagi maklumat perolehan bahan dan pangkalan data dalam talian (Online Database) dan seterusnya oleh Puan Hani Liza selaku Ketua JPP bagi maklumat perkhidmatan perpustakaan.

Sesi bergambar dijalankan sejurus taklimat selesai. Sesi perjumpaan bersama Prof. Ts. Dr. Haryani Haron iaitu Penolong Naib Canselor Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media (KPPIM) diadakan.

Program Book2U juga dijalankan serentak dan sebanyak 16 buah buku dibawa bersama bagi tujuan mempromosikan bahan bacaan. Sebanyak 7 buah buku telah dipinjam oleh para pensyarah dan pentadbir pusat pengajian.

Semoga program sebegini dapat dijalankan lagi di masa akan datang, insha-Allah.

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply