Program Library Outreach sempena Mesyuarat Kakitangan Akademik UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

17 Mac 2023 – UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Mesyuarat Kakitangan Akademik yang melibatkan pihak pengurusan universiti dan semua kakitangan akademik yang terdiri daripada Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

Manakala pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Tapah telah diberi peluang untuk menyampaikan taklimat pada penghujung sesi mesyuarat tersebut. Pelbagai perkhidmatan perpustakaan telah disampaikan antaranya mengenai MobileApp@PTAR, My Knowledge Management (MyKM), Institutional Repository, QuillBot Permium dan Sistem PRIMe. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Nur Aida Binti Rousli.

Pihak perpustakaan juga tidak ketinggalan mengambil peluang ini untuk membuka gerai pameran kecil sepanjang mesyuarat berjalan. Antara aktiviti yang yang telah dijalankan di gerai pameran adalah, pinjaman buku, pembaharuan pinjaman dan muat turun MobileApp@PTAR. Sebanyak 26 buah naskah buku telah terpinjam pada hari tersebut oleh kakitangan akademik Kampus Tapah. Kakitangan akademik yang telah melakukan pinjaman dan muat turun aplikasi telah diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada pihak perpustakaan. Gerai pameran PTAR telah dikendalikan oleh Pustakawan, Encik Aizu Hakimi Bin Mohd Adnan dibantu oleh dua orang Pembantu Pustakawan iaitu, Encik Mohamad Arif bin Mohamed Yusof dan Encik Muhammad Fikri bin Sulaiman.

Rata-rata kakitangan universiti yang hadir pada mesyuarat tersebut berpendapat bahawa usaha yang telah dilakukan oleh pihak perpustakaan seperti ini hendaklah diteruskan lagi pada masa yang akan datang supaya, perpustakaan akan terus kekal releven dalam membantu menyampaikan maklumat kepada pengguna khususnya pada warga kampus.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply