Library Outreach: Lawatan & Khidmat Runding Pelupusan Rekod Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Terengganu

Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan Program Library Outreach: Lawatan dan Khidmat Runding Pelupusan Rekod bersama Pejabat Bendahari UiTMCT Kampus Dungun pada 21 Mac 2023, Selasa, yang lalu. Lawatan telah dibuat di Stor Pusat Pejabat Bendahari UiTMCT bagi memberi panduan berkenaan pelupusan dokumen am dan rekod kewangan. Penerangan diberikan oleh En. Md Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan, dan dibantu oleh Puan Norsyida Yusof Ali, Pembantu Pustakawan. Pejabat Bendahari UiTMCT Kampus Dungun telah diwakili oleh lima orang staf yang diketuai oleh En. Wan Khairul Ashraf bin Wan Abu Bakar, Penolong Akauntan.

Antara pengisian dalam perkongsian yang dijalankan ialah konsultasi kaedah pengurusan fail, penyimpanan rekod, pelupusan rekod dan lain-lain. Turut dikongsikan ialah tatacara pelupusan rekod kewangan dan perakaunan di mana kebanyakan dokumen yang disemak ialah baucar dan resit kutipan hasil/harian.

Rekod yang dicadangkan untuk pelupusan.

Diharapkan dengan lawatan ini dapat membantu dalam menjalankan proses pelupusan rekod mengikut prosedur yang betul. Pihak Unit Arkib UiTMCT sentiasa mengalu-alukan pertanyaan dan permohonan pelupusan daripada semua unit dan bahagian kampus agar semua proses pelupusan rekod universiti dikendalikan dengan betul mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Arkib Unversiti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua wakil Pejabat Bendahari UiTMCT Kampus Dungun atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi lawatan ini.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply