Penerimaan Rekod Penting Universiti: Fail Peribadi Pelajar UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Unit Arkib Cawangan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah mengadakan satu gotong-royong penerimaan rekod penting bertempat di Unit Pentadbiran Am dan Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCT, pada 20 Mac 2023, Isnin, yang lalu. Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Md Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan, bersama lima orang staf yang lain.

Sebanyak 1,322 buah rekod Fail Peribadi Pelajar dalam bentuk fizikal telah diterima dan dibawa ke Unit Arkib Cawangan UiTMCT di Perpustakaan Cendekiawan untuk didigitalkan dan dimuatnaik ke dalam Archive Management System (AMS). Pemindahan rekod fail tersebut dibuat dengan bantuan kenderaan UiTM dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke Perpustakaan Cendekiawan. Sebanyak 712 buah rekod Fail Peribadi Pelajar yang telah siap didigitalkan ke dalam sistem AMS tersebut telah dikembalikan semula kepada unit berkenaan.

Sebarang carian bahan arkib universiti boleh diakses pada Sistem Online Finding Archives (OFA) melalui link: https://ams.uitm.edu.my/ofa/

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply